Wednesday, July 27, 2011

politik

bilang sahaja dengar sahaja
dari zaman membaja , sampai munculnya waja
politik tak akan berubah
kekal sebegitu rupa

politik
disulami rasuah dihujani syaitan.
wujudnya ia ibarat mainan
punyai entiti pelbagai misi

politik satu ekspedisi
mengejar duniawi yang abadi

kuyu mata fikirkan strategi
dimana letaknya kesedaran hakiki?
akhirat ditanggal sana sini
berbogelkah kalian menuju illahi?

politik tidak berubah.
cuma kuantiti boleh dimanupulasi
manipulasi politik berpaksikan kerajaan
sampai bila temui kejayaan?

bagi sahaja sebut sahaja
laung sahaja pemimpin idaman
bila terpaku amanah dibahu
makan suap satu demi satu
akhirnya badan jadi kaku, tindakan jadi buntu.
di mana janji? di mana laungan.
semua hanyut mainan politik.




1 comment:

  1. Politik kite smkin kotor. jelek. tapi nk wat cmane , kene gak amek tahu. sbb nnt kene undi. adooooi. hahaha. btw , nice one :)

    *amek amekkkkkkk :P

    ReplyDelete