Sunday, November 27, 2011

ayuh bergerak

di mana ada kemahuan , di situ ada jalan
teruskan bergerak jangan berhenti
semat di hati , peringat misi
sampai badan tak mampu bertahan

tiada nokhtah , tiada koma
cuma laju atau perlahan
biar lelah biar semput
jangan risau , adanya Allah sebagai peneman

cuma masa menjadi isu
cuma masa menjadi dalang
cuma masa menjadi batu

batu dan dalang perosak kunci

lupakan semuanya
lepaskan segalanya
jangan anggap itu duri
itu semua MEMORI..






Saturday, November 26, 2011

tudung labuh

tiada menghalang , tiada mencaci
tiada mengutuk , tiada berdendam
zahirnya begitu , eloklah begitu .

tapi tak salah , tiada yang salah
cuba sekali mengalah
menjadi lalang mengikut angin
bukannya tiang cacian ramai

lalang pandai
ikut angin menyelamatkan diri
tiang bodoh
terumbang ambing pentingkan diri

cuba sekali jangan menyusahkan
cuba sekali menjadi lalang


cantik

yang dikejar yang direbut
bertakhta di tangan jadi pujaan
jadi rebutan walaupun serabut
itu murah bukan cantik

tak berguna cantik kalau sinonim nya murah
cantik dalaman cantik nurani
cantik biarlah hakiki
sentiasa diperbaiki
bukan aset puaskan lelaki

bila ribuan mengejar ?
bila jutaan mengata ?




Wednesday, July 27, 2011

politik

bilang sahaja dengar sahaja
dari zaman membaja , sampai munculnya waja
politik tak akan berubah
kekal sebegitu rupa

politik
disulami rasuah dihujani syaitan.
wujudnya ia ibarat mainan
punyai entiti pelbagai misi

politik satu ekspedisi
mengejar duniawi yang abadi

kuyu mata fikirkan strategi
dimana letaknya kesedaran hakiki?
akhirat ditanggal sana sini
berbogelkah kalian menuju illahi?

politik tidak berubah.
cuma kuantiti boleh dimanupulasi
manipulasi politik berpaksikan kerajaan
sampai bila temui kejayaan?

bagi sahaja sebut sahaja
laung sahaja pemimpin idaman
bila terpaku amanah dibahu
makan suap satu demi satu
akhirnya badan jadi kaku, tindakan jadi buntu.
di mana janji? di mana laungan.
semua hanyut mainan politik.




jika

Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka berkata engkau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya menjadi musnah
Satu satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersarat.

Monday, July 18, 2011

pak long

langkah terus diatur
keringat jantan jatuh satu demi satu
dengan sabar di balas laungan takbir
menjerit menjerit !
pantang kering bibir.

rancangan diatur tak nak dipersia
masa ditabur tak nak jadi sia sia
demi malaysia
melayu cina india semua nak tunjuk bisa.

deretan pak polisi berlautan didepan
satu azam satu semangat ditempuhi mereka pelbagai cara
aduhhhhhhhh, lutut mencecah bumi.
belum sempat orang tua itu bangkit
ditendangnya oleh pak polisi.
kuat .
sakit dada.
sakit.
sakit sangat.
terbaring tertiarap manusia tu.
menjeritnya 'tolong nak, tolong pakcik nak'.
ramai menolong, ramai mendendam .
zahirnya mereka kalah, batinnya masih banyak tanda soal.

ana tidak memihak
tempatnya ana ditengah ditengah.
dek kiri dek kanan.
dek atas dek bawah.
buka mata buka minda.
tarik nafas , pejam mata.
pejam bayangkan.
bayang dan fikirkan.
fikirkan dan maju kehadapan.

pak long,
negara kita dalam peperangan?
negara kita tak aman?
negara kita tak cukup bebas ke?
biar mereka pak long. biar.
akhirat tuhan maha adil pak long.
kita rakyat, doakan kesejahteraan. bukannya penceraian.
ye saya faham pak long.
cuma keamanan dan keadilan yg pak long minta.
tapi syukur pak long.
syukur dengan sekarang.
biar mereka biar mereka dengan kerja mereka.
biar pak long biar.


Sunday, July 3, 2011

kadang kadang

kadang kadang kita kat atas kadang kadang kita kat bawah.
bila kat atas, semua benda lupa. riak takabur dah take over.
bila kat bawah, baru nak insaf.
jangan risau, kita manusia. mudah lupa lalai tu kita.

kadang kadang kita ni ramai, tapi tak kuat.
kadang kadang orang seciput je boleh menang.
tapi jangan risau.
sebab cikgu aku kata manusia ni macam buih.
buih tu banyak tapi hancur berkecai ikut haluan ombak.

ombak simboliknya halangan, buih simboliknya kita.
kita nak berjaya, kena bekerjasama.
kalau tak, satu benda tak dapat.

kita manusia otak sempit. kita manusia memang selalu tamak.
orang baik pun kadang kadang jadi jahat.
sebab apa? sebab kita tak sempurna.
jangan angkuh dengan apa yang tuhan bagi.
sebab yang berkuasa boleh tarik bila bila masa.

tiap hari baca newspaper, tiap hari ada kes rumahtangga.
sana cerai sini cerai. sana pukul sini pukul.
tapi kenapa?
kenapa dulu masa bercinta semua cantik, sekarang dah kahwin semua nya hodoh ?
itu akibat bila manusia samakan cinta dengan nafsu.

kadang kadang banyak benda tak logik.
banyak benda langgar hukum alam.

kelab isteri jutawan.
ajar isteri cara nak layan suami.
bagus idea tapi salah cara.
ajar isteri cara nak layan suami di ranjang.
seperti pelacur melayan pelanggan.
tapi kau kena ingat manusia.
Isteri bukan pelacur, dah salah di sisi agama kalau fikir sebegitu.

to be continued.



Thursday, June 30, 2011

manner

'along, masuk tandas jangan lupa baca doa. masuk kaki kiri ! ' , kata mama.

dari kecik lagi mak dah ajar adab. dari A sampai Z semua dah mak bagitahu. bangun tidur baca doa. lepas tu mandi gosok gigi. hah masuk tandas masuk kaki kiri keluar kaki kanan. masuk tandas pakai selipar. dah guna tandas bersihkan . keluar tandas keluar kaki kanan, pintu jangan lupa tutup. before makan baca doa. makan slow slow. OKAY STOP IT. tak larat aku nak listkan semua. tapi satu je aku nak tanya. kecil kecil pandai buat, tapi dah besar mana semua tu pergi?

aku untung sebab bestfriend aku ada india ada chinese. so, aku boleh belajar table manner, speaking manner semua laa yang tak pernah aku tahu selama ni. aku just terkilan kenapa ada certain orang yang tak put benda ni sebagai main priority diorang. ni cek nak habaq - hang lawa mana pun, tapi kalau hang tak ada adab. hang tak p mana. cantik itu subjektif, semua orang cantik tapi it depends on us cam mana nak terjemahkan istilah cantik tu. tapi manner explains all.

cuba bayangkan perempuan cantik, tapi speaking manner hilang. apa first impression korang? kurang ajar laa budak ni. tak best laa lepak ngan dia. muka lawa tapi kurang ajar. hah macam macam keluar. manner explains all. manner covers everything. manner benda yang semua orang nampak, and manner explains everythings though benda tu yang kita tak nampak. contoh dalam kes atas, kalau speaking manner dah hilang and for sure korng terfikir cam mana budak ni cakap ngan mak bapak dia. cam mana budak ni nak suit ngan mak bapak aku. and cam mana mak bapak aku nak terima dia, tu yang paling penting.

aku faham sekarang dunia dah maju. banyak ancaman kat kaum hawa especially melayu. dari acid men, perogol bersiri sampai laa kumpulan berparang india. tapi benda ni should not affect manner kita. manner benda yang kita praktikkan dari kecil. manner bukan benda yang kita rasa nak buat then kita buat. bila korang ada adab, orang tak cakap kau ni kaki control tapi orang cakap kau ni sopan. and orang lain sejuk hati je tengok kau, takdanya nak kutuk belakang. ramai aku tanya dah. balik balik jawapan sama je.

'asal kurang ajar sangat?'
'ye laa nak jaga diri. kena aa jual mahal'.

otak dia. jual mahal ngan manner are 2 different things. mana kau belajar? kalau kau cakap pun dah tinggi suara, tu jual mahal ke? kalau kau cakap pun tak pandang orang tu jual mahal ke? brahhh go die and fuck spider. -____________-

and even rempit yang aku benci tu pun kadang kadang ada MANNER !!

table manner. aku pun tak tahu case ni dalam manner jenis apa so i just put it under table manner. benda ni jadi kat semua tak kira laa lelaki ke perempuan. dah banyak sangat. sakit pula hati aku. bila member korang ajak korang lepak ngan member dia as in korang akan berjumpa dengan kawan kawan baru. jangan sesekali tarik muka ! ye aku tahu, semua orang ada standard . semua taste lain lain. tapi at least show some respect. your ability nak blend dengan others tu paling penting. even though baru first time jumpa kan, tapi atleast try laa blend ngan member kau, so, secara tak langsung semua pun happy. lelaki pun suka kalau perempuan boleh blend dengan member diorang. bukan apa, senang nak berbual and senang nak bawa pergi mana mana. boleh ajak lepak sekali ke apa. orang tua selalu cakap, kalau nak tengok perangai lelaki yang kau minat, tengok perangai kawan kawan dia, then compare dengan orang yang kau minat tu. hah so sambil menyelam minum air laa kan. :D


ada banyak lagi. tapi ni je yang aku sempat. aku tak layak nak tegur orang sebab aku pun bukannya baik sgt. tapi bila aku tegur orang , at the same time im telling myself. so, it works both ways. :)

Monday, May 30, 2011

sahabat

kita kawan , bukan lawan
kita sahabat , bukan ahli debat
hati kawan macam taman
dijaga disemai jangan sesekali disebat

hari hari lepak mamak
makan minum aku dah hafal
bukan tujuan nak menyemak
kelak nanti tak menyesal

najib cakap 1 malaysia
kau cakap pom pam pom pam
putar belit kau lah raja
dah kantoi gelabah nak diam

kau besar kau dah matang
berak kencing semua dah pandai basuh
dalam berkwan, mesti mau terus terang
kalau tak nak, kita MUSUH

awek awek, member member
fitrah manusia memang berdua
ni aku nak bagi reminder
hati member jangan nak buat buat lupa

aku bukan shakespeare
bukan juga a. samad said
aku cuma manusia rare
kongsi idea yang dah berabad.

Saturday, May 28, 2011

cinta

kau kata kau cinta
tapi kau faham apa itu cinta
kau bercinta kau menjaga
bukan bercinta untuk memperkosa

cinta itu jodoh
bukan untuk diperbodoh
cinta itu utuh
bukan nak diruntuh


cinta itu ikatan
bukan untuk ujian
cinta itu yakin
bukan recycle bin

kau lelaki kau menjaga
kau perempuan kau menurut
bukan nafsu topik utama
tapi kebahagiaan dunia hingga akhirat

masa berlalu seperti kilat
dup dap dup dap , zaman berubah
lelaki sekarang cakap lebat
buat perempuan cam murah
pergi mall berpeluk ketat
esok hari hilang maruah
jangan kata kau hebat
bila janji dipertadah


wahai adam wahai hawa
kita manusia bukan binatang
niat ikhlas bukan nak mengata
boleh bermanja tidak kami larang
cuma satu pinta
biar bercinta sampai ke jinjang
agar semua bahagia.






Friday, May 27, 2011

bila manusia hilang kepala

bila manusia hilang kepala
otak di kepala entah hilang dimana
tapi mengapa?
alam tak bersalah jadi mangsa

cemburu pemuas nafsu
acid jadi mangsa
hancur berkecai gadis layu
hidup jadi malapetaka

wahai lelaki, tapi mengapa?
yang tidak bersalah menjadi mangsa
ditinggal kekasih lama?
dikhianati oleh sang hawa?

satu angka ke satu angka
tiada titik nokhtah
hanya koma sementara
wahai lelaki, sedarlah.