Monday, July 18, 2011

pak long

langkah terus diatur
keringat jantan jatuh satu demi satu
dengan sabar di balas laungan takbir
menjerit menjerit !
pantang kering bibir.

rancangan diatur tak nak dipersia
masa ditabur tak nak jadi sia sia
demi malaysia
melayu cina india semua nak tunjuk bisa.

deretan pak polisi berlautan didepan
satu azam satu semangat ditempuhi mereka pelbagai cara
aduhhhhhhhh, lutut mencecah bumi.
belum sempat orang tua itu bangkit
ditendangnya oleh pak polisi.
kuat .
sakit dada.
sakit.
sakit sangat.
terbaring tertiarap manusia tu.
menjeritnya 'tolong nak, tolong pakcik nak'.
ramai menolong, ramai mendendam .
zahirnya mereka kalah, batinnya masih banyak tanda soal.

ana tidak memihak
tempatnya ana ditengah ditengah.
dek kiri dek kanan.
dek atas dek bawah.
buka mata buka minda.
tarik nafas , pejam mata.
pejam bayangkan.
bayang dan fikirkan.
fikirkan dan maju kehadapan.

pak long,
negara kita dalam peperangan?
negara kita tak aman?
negara kita tak cukup bebas ke?
biar mereka pak long. biar.
akhirat tuhan maha adil pak long.
kita rakyat, doakan kesejahteraan. bukannya penceraian.
ye saya faham pak long.
cuma keamanan dan keadilan yg pak long minta.
tapi syukur pak long.
syukur dengan sekarang.
biar mereka biar mereka dengan kerja mereka.
biar pak long biar.


No comments:

Post a Comment